Sunday, December 6, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 .

Pengalaman bersalin anak pertama pun tak habis cerita,tiba-tiba keluar cerita pengalaman bersalin anak ke-2 pulak.eh sangat perangai!

EDD : 14 Nov 2015
5 Nov 2015 (Khamis) - balik Subang walaupun belum ada tanda-tanda nak bersalin.tapi takkan nak tunggu dah sakit baru nak balik kan.Kerteh-Subang amik masa 4jam jugak nak sampai (110-120km/j) gituuu

6 Nov 2015 (Jumaat) - Pagi,check up klinik biasa (Klinik An-Nisa) untuk check keadaan ummi & baby yang still belum ada tanda-tanda nak bersalin ni.Dr. Shikin bagitau baby still berenang-renang kat atas belum 'engaged' & ada bahagian air ketuban yang dah kurang (erkk?!)

6 Nov 2015 (Jumaat) - Petang,berjalan semahunya satu Sunway Puramid sambil cari makanan yang takde kat Kerteh.hihi.paling terbayang-bayang sekali chocolate stick kat Auntie's Anne.haha kelako!banyak-banyak makanan itu yang paling Nana tak sabar nak balik makan sebelum bersalin nanti.sedap sangat layan chocolate sticks sanpai takde gambar sekeping pun masa layan makan masa tu.habis pantang ni kita cari lagi ok baby? ;)

7 Nov 2015 (Sabtu) - tanda-tanda nak bersalin masih belum ada,yang ada cumanya lenguh kaki sikit sebab semalam seharian berjalan pusing Sunway Pyramid kan.hehe

8 Nov 2015 (Ahad) - Daddy Aydin balik Kerteh sebelum Subuh dah bertolak sebab nak sampai sebelum office hour.alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 7.30pagi.bersiap-siap terus masuk office pukul 8.

9 Nov 2015 (Isnin) - Tanda belum ada tapi Nana start rasa sakit keliling pinggang macam period pain sepanjang hari & kadang-kadang macam ada rasa contraction TAPI macam confused..eh ini ke contraction? T_T masa bersalinkan Aydin dulu takde rasa macamni..lain,berbeza sangat pengalaman kali ni.makin lama,makin terasa sengal-sengal kat pinggang & ari-ari sampai ke malam.call daddy Aydin minta balik Subang lepas balik kerja petang tu.daddy Aydin pun rileks-rileks je dia bertolak lepas maghrib & selamat sampai Subang 11.45malam hari yang sama.
Malam tu Nana sempat keluar dinner dengan mama & adik-adik+ipar duai+anak2 masing-masing.selera nak makan dah kurang tapi sempat habiskan segelas air tembikai laici (all time fav gitu)
Bila daddy Aydin sampai,dia terus ajak Nana pergi hospital tapi Nana pulak cakap nanti dulu la.bagi dia tidur dulu boleh rehat-rehat kan baru sampai dari Kerteh tu kan.lagipun sakit contraction still boleh tahan lagi..sakit sikit-sikit je.

10 Nov 2015 (Selasa) - Deepavali
Lepas selesai solat subuh,Nana terus baring sebab contraction makin kuat TAPI still boleh tahan & gelak-gelak lagi.Mama ajak breakfast dulu kat dapur.minum milo segelas dengan dua-tiga suap nasi lemak+donut chocolate.sambil makan,sambil menahan contraction yang makin kuat & dah tak boleh nak gelak-gelak dah masa ni.ekeke

9pagi - Mama terus mintak daddy Aydin bawak g hospital terus sebab contraction tiap 5min sekali & kadang tak sampai 5min dah sakit balik.

9.30pagi - terus masuk labour room
Tak sempat register pun,terus naik wheel chair pegi labour room.tukar uniform hospital & nurse check dah 6cm.patut sakit ya amat nurse ;)
Alhamdulillah,Nana selamat bersalinkan anak perempuan (3.1kg) pada 10hb November 2015 pukul 2.04pm.Aisya Aysara nama diberi :) yang membawa maksud : Kehidupan Yang Kaya.Semoga Aisya Aysara membesar menjadi anak yang kaya segalanya ok.Kaya dengan ilmu yang bermanfaat,kaya dengan budi pekerti,Kaya dengan harta yang boleh dikongsi bersama orang-orang yang memerlukan,kaya segalanya yang baik-baik inshaAllah :')

* gambar tak boleh upload pulak.entah kenapa pulak ni.dah lama sangat tak up entry gamaknya ;D



No comments: