Wednesday, January 16, 2019

. Salam Tahun baru 2019 .

Assalamualaikum,

Waaaa lamanya tak masuk sini.boleh ke lagi nak rajinkan jari jemari update blog ni 😂
Alhamdulillah tuan tanah masih hidup & semoga Allah kurniakan umur yang manfaat.mudah mudahan ☺️ InsyaAllah

Tahun ni insyaAllah masuk 30an HAHA.start bloggimg May 2010 umur masa tu 20an uols 🤪 bayangkan berapa banyak dah penambahan umur kat kakak ni 😂

Jom laaa kita start blogging semula.mana tau ada lagi kawan-kawan lama nak baca 🤗
Jemputlah baca kisah kami lagi insyaAllah kalau rajin.hihi

Tepek gambar 2019 satu ❤️

Mini Cameron Highland,Jan 2019 ❤️

Monday, September 19, 2016

Tips Jauhkan handphone,tab,i pad dan seangkatan dengannya buat anak-anak .

Aydin boy bukanlah kategori 24jam dengan phone & kami suami isteri tak pernah belikan apa-apa 'gadget' untuk Aydin boy.pernah sekejap dulu ada tab cokia punya.itupun dapat free gift sign up sesuatu.tab tu pun dah tak boleh pakai,nama pun cokia kannn.haha

Nak dijadikan cerita dua hari lepas Nana terjumpa video seseorang buat 'Lasik Eye Surgery' di instagram & ku tunjukkan kepada anak lelaki kesayangan ku.memang dengan niat supaya timbul kesedaran  mata yang Allah bagi pinjam ni bukan untuk kita rosakkan dengan sengaja.mak dia main tepon takpe sebab ada SEBAB 😆

Belum habis play video itu,Aydin boy terus minta stop & off phone.dengan izin Allah,sekelip mata terus taknak tengok phone.Ya Allah Ya tuhanku,syukurnya mak nakkk oi.harini sepanjang hari Aydin boy tak layan Paw Patrol,Peppa Pig,Avengers,Fireman Sam & segala cerita-cerita kegemaran dia kat YouTube.

Mak pun apa lagi,tambah lauk laa bagi bayangan pasal 'Lasik Eye Surgery' itu bakal terjadi pada Aydin KALAU Aydin terusan nak mengadap telefon ummi & daddy.Allah bagi eyes untuk apa Aydin boy?untuk sleep ummi.sleep pun boleh anakku 😅

Semoga terus istiqomah la ye duhai anak.terima kasih sebab selalu percaya dengan cerota-cerita ummi.semua yang ummi & daddy buat utk kebaikan kita bersama.kebaikan Aydin boy & adik2 Aydin.inshaAllah.
aydin boy 3y
😘

Sunday, December 6, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 .

Pengalaman bersalin anak pertama pun tak habis cerita,tiba-tiba keluar cerita pengalaman bersalin anak ke-2 pulak.eh sangat perangai!

EDD : 14 Nov 2015
5 Nov 2015 (Khamis) - balik Subang walaupun belum ada tanda-tanda nak bersalin.tapi takkan nak tunggu dah sakit baru nak balik kan.Kerteh-Subang amik masa 4jam jugak nak sampai (110-120km/j) gituuu

6 Nov 2015 (Jumaat) - Pagi,check up klinik biasa (Klinik An-Nisa) untuk check keadaan ummi & baby yang still belum ada tanda-tanda nak bersalin ni.Dr. Shikin bagitau baby still berenang-renang kat atas belum 'engaged' & ada bahagian air ketuban yang dah kurang (erkk?!)

6 Nov 2015 (Jumaat) - Petang,berjalan semahunya satu Sunway Puramid sambil cari makanan yang takde kat Kerteh.hihi.paling terbayang-bayang sekali chocolate stick kat Auntie's Anne.haha kelako!banyak-banyak makanan itu yang paling Nana tak sabar nak balik makan sebelum bersalin nanti.sedap sangat layan chocolate sticks sanpai takde gambar sekeping pun masa layan makan masa tu.habis pantang ni kita cari lagi ok baby? ;)

7 Nov 2015 (Sabtu) - tanda-tanda nak bersalin masih belum ada,yang ada cumanya lenguh kaki sikit sebab semalam seharian berjalan pusing Sunway Pyramid kan.hehe

8 Nov 2015 (Ahad) - Daddy Aydin balik Kerteh sebelum Subuh dah bertolak sebab nak sampai sebelum office hour.alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 7.30pagi.bersiap-siap terus masuk office pukul 8.

9 Nov 2015 (Isnin) - Tanda belum ada tapi Nana start rasa sakit keliling pinggang macam period pain sepanjang hari & kadang-kadang macam ada rasa contraction TAPI macam confused..eh ini ke contraction? T_T masa bersalinkan Aydin dulu takde rasa macamni..lain,berbeza sangat pengalaman kali ni.makin lama,makin terasa sengal-sengal kat pinggang & ari-ari sampai ke malam.call daddy Aydin minta balik Subang lepas balik kerja petang tu.daddy Aydin pun rileks-rileks je dia bertolak lepas maghrib & selamat sampai Subang 11.45malam hari yang sama.
Malam tu Nana sempat keluar dinner dengan mama & adik-adik+ipar duai+anak2 masing-masing.selera nak makan dah kurang tapi sempat habiskan segelas air tembikai laici (all time fav gitu)
Bila daddy Aydin sampai,dia terus ajak Nana pergi hospital tapi Nana pulak cakap nanti dulu la.bagi dia tidur dulu boleh rehat-rehat kan baru sampai dari Kerteh tu kan.lagipun sakit contraction still boleh tahan lagi..sakit sikit-sikit je.

10 Nov 2015 (Selasa) - Deepavali
Lepas selesai solat subuh,Nana terus baring sebab contraction makin kuat TAPI still boleh tahan & gelak-gelak lagi.Mama ajak breakfast dulu kat dapur.minum milo segelas dengan dua-tiga suap nasi lemak+donut chocolate.sambil makan,sambil menahan contraction yang makin kuat & dah tak boleh nak gelak-gelak dah masa ni.ekeke

9pagi - Mama terus mintak daddy Aydin bawak g hospital terus sebab contraction tiap 5min sekali & kadang tak sampai 5min dah sakit balik.

9.30pagi - terus masuk labour room
Tak sempat register pun,terus naik wheel chair pegi labour room.tukar uniform hospital & nurse check dah 6cm.patut sakit ya amat nurse ;)
Alhamdulillah,Nana selamat bersalinkan anak perempuan (3.1kg) pada 10hb November 2015 pukul 2.04pm.Aisya Aysara nama diberi :) yang membawa maksud : Kehidupan Yang Kaya.Semoga Aisya Aysara membesar menjadi anak yang kaya segalanya ok.Kaya dengan ilmu yang bermanfaat,kaya dengan budi pekerti,Kaya dengan harta yang boleh dikongsi bersama orang-orang yang memerlukan,kaya segalanya yang baik-baik inshaAllah :')

* gambar tak boleh upload pulak.entah kenapa pulak ni.dah lama sangat tak up entry gamaknya ;D



Tuesday, June 10, 2014

Aydin 8m28d.

Assalamualaikum.

Harini first time Aydin minum pakai straw.sebab Aydin memang akan reject sereject rejectnya botol susu.Allah~

Nasib baik laa ummi bukan jenis geram dengan segala jenis botol susu.memang tak ada beli botol susu tiap bulan pun.ada satu NB Avent(beli set breast pump),2 biji Tommie Tippie.ada 2 biji botol tupperware(dapat hadiah) dengan 2 biji botol brand Disney(dapat hadiah).siapa nak boleh PM..Nana kasi FREE :)

Sekian,wassalam.kasi up satu post sebab dah lama menyepi~ :)

Saturday, March 1, 2014

Resipi mudah roti puding kukus.

Bahan 1.

1. Roti dicincang kecik-kecil ikut kretiviti memasing.
2. Sapu roti dengan butter.
3. Susun roti dalam bekas yang nak digunakan.
4. Taburkan kismis/chocolate chip diatas roti.
5. Mampatkan roti

- ketepikan-

Bahan 2.

1. Pukul 2 biji telur,satu sudu teh esen vanilla,3 sudu teh gula.
2. Campurkan adunan dengan 1 tin susu sejat (400ml)
3. Tuang adunan bahan 2 kedalam bahan 1.
4. Kukus dalam 20-25 minit.

Bahan 3.

Sos kastard.

1. Satu sudu besar tepung kastard
2. 1 cawan susu cair
3. Secubit garam
4. 2 sudu susu pekat manis.(resipi sendiri sebab nak rasa manis sikit)

Siap!
Selamat mencuba.

* kita try bagi jiran sebelah sepinggan tadi,kemain orang Ganu cakap sedak! ;D