Thursday, October 31, 2013

Muhammad Aydin day 47.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah niat nak cuba update blog hari2 nampak macam berhasil.hik.dengan cara yang paling mudah semudah 1,2,3.eceh!snap gamba sampai dapat gamba yang ok,ok ke? ;) lepastu terus share dekat blog dari handphone ku..terima kasih handphone dah setahun empat bulan kau tetap dalam keadaan tiptop.mekasih!mekasih sebab tak bagi peluang tuanmu tukar handphone lain..hahaha!

Walaupun Nana tau lately ni gamba yang dishare dekat blog kualitinya tahap paling membosankan..tahap paling tak cun!ampun maaf dipinta..dari tak update,baik Nana update walaupun gamba tak clear..iye ke idok? ;D

Alhamdulillah..Nana masih fully breastfeed Aydin..syukur alhamdulillah Allah anugerahkan rezeki susu yang melimpah ruah setakat harini.berharap dan berdoa dan merayu supaya Allah terus kurniakan susu yang banyak buat Aydin dan bakal bakal adik Aydin lepasni.ehhh terus siap siap doa untuk adik adik Aydinm.kerlasss jah! ;p

Start pregnant Aydin 7bulan lagi susu dah start keluar sikit sikit..ini memang tanda yang kita bakal ada susu yang banyak ke eh?tapi masa tu takde lah sampai basah bra..bila picit picit baru keluar..tapi kalau sekarang,Aydin lambat nyusu atau Nana tak pam memang habis basah bra sampai ke baju baju basah sama..alhamdulillah!

Nak cerita susu Nana ni banyak sebab makan apa?Nana takde amalkan makan apa apa yang special pun actually..dalam pantang memang selama 44hari tu even sampai harini pun Nana cuba tak skip makan sup sawi..tak kisah lauk apa sekali pun,sup sawi mesti kena ada..macam dah set dalam kepala makan sawi makan sawi makan sawi..dengan izin Allah mesti banyak susu..haa lebih kurang camtu la :) Satu lagi,Nana banyak minum air kosong.banyakkkk sangat.satu hari boleh habis satu botol mineral besar tu..kalau ikutkan sedap tekak ni boleh lebih lagi..tapi dengar2 orang cakap takut buncit kan..tak kisah buncit sikit je pun..haha!asalkan tekak tak haus,susu makin banyak..itu paling penting..

Tips untuk bakal bakal ibu yang berniat nak fully breastfeed anak inshaAllah sampai 2 tahun tu,tolong start niat dan doa doa doa dan terus berdoa..mohonlah merayulah pada Allah..Allah maha mendengar :') Allah jugak la punca datangnya susu kita ni nanti..kalau dah hari2 kita doa,mohon,merayu takkan Allah buat tak dengar pulak kan..yakin bahawa Allah itu maha mendengar..selamat mengamalkannya ya bakal-bakal ibu :)

Wednesday, October 30, 2013

Al-Safina (Chicken Kabsa) .

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sempena meraikan hari ke 45..haha!habis pantang pun kena ada hadiah weh..ya hhbibi ya suami kita bawak keluar dinner..tak jauh mana la..

Nasi Arab Al-Safina,Kijal.
Tak boleh banyak bunyik..sebab kat area Kerteh ni tak banyak choice..ikutkan saja.asal dapat makan sedap sikit selain dari lauk2 pantang haritu..alhamdulillah sangat!syukur.

Paling best dapat order orange juice babehhh!but still tak boleh ada ais..so,orange juice without ice please :) * muka ada eksyen time order semalam.mana tak eksyen!44hari asik minum milo dengan air kosong je..nikmat sangat.rasa macam kat syurga kejap la semalam..hehe!

Anyway,thank you very much ya habibi ya suami belanja kita dinner kat luar semalam..moga dilimpahi rezeki yang halal dan melimpah ruah supaya boleh cepat naik haji pulak ye :)

Ok,next week nak jalan Kuantan.dah boleh start fikir nak makan apa dah ni..haha.next 2 weeks paling best..nak balik Subang pulak.macam2 kedai nak pegi terjah ni..Saba,tenang2 dulu kat sini.

Kena settlekan misi mencari stroller buat Aydin tersayang dulu sebelum heboh berjalan sana sini..

Ehhh,lupa nak cerita..Chicken Kabsa RM15.90 kategori sedappp!ayam dia juicy..banyak gila & kalau anda kategori makan tak banyak,better order 1 set lepastu order extra nasi je..tak membazir dan jimat sikit..

Macam semalam serius Nana tak boleh nak habiskan..mungkin sebab dah lama tak makan bebanyak agaknya..ye lah,dalam pantang kan makan pun ada hadnya.nasi tak boleh tambah.sobbb.mula mula ingat nak paksa sumbat je walaupun dah penuh perut.last last surrender,tolak ke suami..dia tolong habiskan ayam je..nasi membazir tinggal camtu je.kesiannn buang ke cik tong..

Ok la untuk set camni dengan rasa dan harga yang sangat berbaloi kekdahnya.jadi sesiapa yang datang ke area2 sini,jemput la try makan dekat sini..recommended!

Bye bye for now.

Tuesday, October 29, 2013

Muhammad Aydin day45.

Alhamdulillah..syukur!

Pejam celik pejam celik dah habis pantang 44hari rupanya :) tapi kalau ikut pengalaman Nana pantang ni bukanlah seteruk orang-orang tua jaga.sebab lepas 2minggu pantang dekat Subang (mama jaga) Nana dah balik Kerteh dah..

Bukan mama tak sayang taknak jaga sampai habis pantang 44hari tau..hehe!alhamdulillah tahun ni mama dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan fardhu haji..inshaAllah lagi 2minggu lebih mama balik Malaysia..oh rindu mama :'(

So,sampai sampai Kerteh lepas 2 minggu tu..Nana ada upah sorang makcik ni tolong jaga Nana dengan Aydin sampai la raya haji haritu..lepas raya haji,Nana jaga diri sendiri pulak.alhamdulillah dah habis pantang dah pun ni..lagipun suami Nana banyak tolong itu ini.senang la lagi proses nak habiskan pantang ni..

Nak cerita pasal 44hari pantang ni kena tunggu entry lain.tapi macam biasa,tak tau la bila boleh up entry tu..hik.

Wednesday, October 23, 2013

Pengalaman Bersalin Part 1 .

Assalamualaikum..

ok ceritanya begini..
6hb September 2013 ada appointment dengan Dr. Arifah & haritu kena buat CTG test..contraction slow sangat lagi.padahal due date lagi 4hari ni.Nana puas la berdoa baby keluarlah 6hb ke 7hb ke atau lagi cantik kalau baby keluar 8hb.next year kita boleh celebrate sekali dengan anniversary ayah dengan mak awak ni..kuasa Allah mengatasi segalanya.baby masih belum nak keluar.ok takpe.

10hb September 2013-Today is the day!
sepatutnya inilah tarikh baby patut keluar.tapi ini tarikh doctor yang bagi,Allah punya tarikh tak ada siapa yang tahu.sama jugak la dengan tarikh meninggal kita semua kan.tak ada siapa yang tahu.sobbb.pagi pukul 10 dah terpacak dekat hospital.jumpa Dr lagi dan lagi.tanda nak bersalin masih belum ada.walaupun dua hari berturut-turut Nana berjalan cuci mata dengan suami dekat Ikea sampai 3-4 jam.mau tak lenguh kaki berjalan dua hari tu kan.HAHA.

* bila teringat balik minggu-minggu terakhir nak bersalin tu #throwback ;p

ok,lepas kahwin kan Nana fuhhh terus pindah ikut suami duduk Kerteh.kalau ada yang tak tau Kerteh-Subang makan masa dalam 4jam kalau hari siang sebab tak banyak stop.5jam kalau balik malam sebab stop solat dengan dinner dekat RnR Gambang.hehe.memang biasa inilah port kitorang stop tiap kali balik Subang atau balik Felda Purun(rumah mertua)

maka,Nana start balik Subang konon2 untuk balik standby masa hujung bulan 8.masa tu ada cuti apa ntah tak ingat dah.sebenarnya niat nak balik awal tu sebab nak merasa habiskan Raya AidilFitri Mulia dekat Subang.kah kah kah.kedua,sebab saja nak duduk rumah nak spend time dengan mama.sobbb.alhamdulillah tahun ni mama dijemput Allah menjadi tetamuNya mengerjakan fardhu haji.kalau ikutkan 1st trip tahun ni berangkat ke Mekah jatuh pada 7hb September 2013.mau tak takut buatnya mama kena pegi tarikh tu.puas laa Nana doa mintak mintak mama sempat jaga Nana dengan baby atleast 2minggu sampai rasa dah kuat sikit kan..Alhamdulillah syukur,doa Nana termakbul sebab mama berangkat ke Mekah pada 6 Oktober 2013.masa tu Nana dah 3minggu berpantang.syukur :')

eh yang sebenarnya nak cerita kesian dekat suami Nana kena ulang alik Kerteh-Subang tiap minggu.sobbb.sorry suami,sorry~!




Thursday, October 10, 2013

Alhamdulillah..Newborn Baby 14September2013.

Assalamualaikum.

hai :)
entry pertama sebagai seorang penulis blog yang selalu ditinggalkan dan paling paling penting sekarang penulis ni dah jadi omak! :) alhamdulillah..syukur!

masih berpantang..baru 26hari woi!mashaAllah 9 bulan pregnant terasa happy.tapi nak tunggu habis pantang 44hari terasa kebosanannya..uwaaaaa~!
dah 26 hari makan nasi bersama lauk dan sup sawi.HARI HARI ok.makan ok lagi..
paling tak tahan kena tahan nafsu nak minum air tembikai.kerlas jah dalam pantang boleh terbayang air tembikai hari hari.bila agaknya air tembikai boleh lalu dan meluncur laju dekat tekak ni.sobbb!

dari mana nak mula ni,hik.

Nana selamat bersalin secara normal tapi TERlewat 4hari dari due date.(10 September 2013)
bersalin di Tropicana Medical Centre,Kota Damansara dengan Dr. Arifah.
siapa yang bercadang nak bersalin dekat TMC,boleh la try Dr. Arifah.Dr yang super baik.
anda akan rasa tenang setenang-tenangnya bila jumpa Dr. Arifah :)


Muhammad Aydin bin Othman :)
day 1.

ok, sekian saj untuk entry kali ni.
semoga berjumpa lagi :)

p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!